Friday, November 26, 2010

Kopi Oh Kopi

Aya suka minum kopi tapi tak pernah tengok pokok kopi. Kasihan kan? Tak apa. Sheikh Google ada. Tak dapat tengok live, tengok gambar pun jadilah.
Tada.. Dah jumpa pun pokok kopi.


Oh macam ini ya biji kopi


Hari itu Aya datang Ipoh minum kopi. Eceh tipu je. Aya pergi minum kopi di Old Town White Coffee. Suka breakfast disana. Selalu pilih package yang Kaya and Butter Toast dan Kopi Old Town. Terbaek la. Selalu angan-angan nak ambil package yang dibawah ini. Tapi selalu time weekdays, mana sempat. Kecewa lah. Old Town White Coffee kedekut!!


Selalu lepak dengan kawan-kawan yang hantu kopi. Ada seorang kawan Aya memang asal Ipoh, dia ada stok kopi yang beli sendiri. Dia selalu beli di Super Kinta. Pilih-pilih kopi dan minta penjual itu kisar kopi tersebut. Wah! Klasik. Macam dalam movie itu.

Dia kata ada beza White Coffee dan Kopi Biasa. Aya dan kawan-kawan pun pelik juga. Apa bezanya White Coffee dan Kopi Biasa. Kalau order kopi biasa dan white, letak sebelah menyebelah pun tak ada beza kan? Kan?

So, mari kita siasat. (buat muka ala-ala penyiasat Nancy Drew)

5 perbezaan Kopi Puteh (White Coffee) dan Kopi Hitam

1. Kopi puteh digoreng dengan majerin sahaja manakala kopi hitam digoreng secara tamak dengan majerin, gula dan bahan tambahan lain yang difikirkan sesuai. Ops, lupa nak beritahu, selepas biji kopi dijemur, biji kopi akan digoreng. Skill gorengan atau panggang yang membezakan rasa satu kopi dengan kopi yang lain. Itu yang ada jenis Arabica la, Pakistan la, apa lah kan. Get it? So ending gorengan itu, kopi puteh masih lagi lengai bercerai berai manakala kopi hitam akan melekik dan melekat dengan penuh kasih sayang antara satu sama lain.

2. Kopi puteh walaupun diletakkan serbuk dalam jumlah yang banyak, masih tidak akan jadi sepekat kopi hitam. Itu tidak tahu kenapa. Kawan Aya selalu merungut, katanya dia suka minum kopi yang pekat, barulah true minum kopi. Ini kopi puteh kalau dibancuh mesti macam coklat samar bukannya hitam macam bawah ni.

3. Kopi puteh berasal daripada Ipoh, Malaysia tau. Wah, banggalah. Kalau kopi hitam tu dari luar. Kopi puteh ini direka oleh pelombong-pelombong cina yang migrat ke dalam negara masa zaman dijajah dulu..

4. Okey dah tak ada point

5. Aya cakap sampai point ke tiga je.



Hoho. Macam dah jemu la minum di Old Town White Coffee. Ingat nak cuba kedai kopi lain la. Kawan Aya suka panggil Old Town :Pekan Lama. Comel betul!

Kredit : Gambar semua ambil dari Sheikh Google :)

Thursday, November 25, 2010

Taman Kembang Ungu

Aya tahu, Aya orang yang terlewat buat blog. (marah diri sendiri). Jadi, masa nak bila nama blog, punyalah susah. Semua orang dah guna. Hampir 50 kali juga Aya try tapi gagal. Sedih! Kenapa semua orang nak guna nama yang Aya suka!! Benci ah!

Tak nak kawan dengan blogspot. Boooooo~

Finally, selepas percubaan ke 51, Aya randomly letak Taman Kembang Ungu. Ah, available la. Huyo!! Tiba-tiba keajaiban terjadi. Treng treng. Eh, apasal lagu Sailormoon tiba-tiba ni. Fokus Aya, fokus!

Jadi, inilah Taman Kembang Ungu, tempat Aya membebel-bebel, mengarut dan merapu. Letak gambar, kongsi sedih, berita gembira.

Ya, Aya suka warna ungu. Kalau boleh semua benda nak warna ungu! Kembang itu Aya rujuk laman DBP tau. Skema tak? Perkataan lain selain bunga, kita boleh ganti dengan perkataan kembang. Macam comel sahaja letak kembang berbanding bunga. Kan?

Lambat macam siput!

Lama Aya nak buat blog, tapi asyik bertangguh.

Tapi, bila Aya tengok gambar-gambar Aya masa travel, atau pergi makan, atau masa Aya pergi event tapi tak boleh nak share dengan sesiapa, macam rugi juga kan?

Ceh! Aya membebel macam ada orang nak baca sahaja.

Anyway, selamat berkenalan kepada kawan-kawan (kalau ada) :)