Thursday, November 25, 2010

Taman Kembang Ungu

Aya tahu, Aya orang yang terlewat buat blog. (marah diri sendiri). Jadi, masa nak bila nama blog, punyalah susah. Semua orang dah guna. Hampir 50 kali juga Aya try tapi gagal. Sedih! Kenapa semua orang nak guna nama yang Aya suka!! Benci ah!

Tak nak kawan dengan blogspot. Boooooo~

Finally, selepas percubaan ke 51, Aya randomly letak Taman Kembang Ungu. Ah, available la. Huyo!! Tiba-tiba keajaiban terjadi. Treng treng. Eh, apasal lagu Sailormoon tiba-tiba ni. Fokus Aya, fokus!

Jadi, inilah Taman Kembang Ungu, tempat Aya membebel-bebel, mengarut dan merapu. Letak gambar, kongsi sedih, berita gembira.

Ya, Aya suka warna ungu. Kalau boleh semua benda nak warna ungu! Kembang itu Aya rujuk laman DBP tau. Skema tak? Perkataan lain selain bunga, kita boleh ganti dengan perkataan kembang. Macam comel sahaja letak kembang berbanding bunga. Kan?

No comments:

Post a Comment